the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara guru rugi lebih RM200,000 diperdaya sindiket ‘phone scam’

KUANTAN: Seorang pesara guru kerugian RM216,067 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan daripada individu itu dan memaklumkan terdapat tuntutan palsu insurans berjumlah RM68,000 atas namanya.

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya serta mendakwa wanita itu terlibat dalam tuntutan palsu dan aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa kemudian diarahkan membuka beberapa akaun bank serta memindahkan semua wang simpanan, ganjaran pencen dan pinjaman bank ke dalam akaun tertentu kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa melakukan 24 transaksi pemindahan wang ke enam akaun berbeza antara 20 Feb hingga 5 Mei lepas.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik jika menerima panggilan telefon yang meragukan dan jangan sesekali mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings