the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA rampas tanaman hiasan disyaki mengandungi serangga perosak

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebuah lori bersama 4,000 anak pokok bunga kertas bernilai RM470,000 dalam satu pemeriksaan di Jalan Bukit Lata dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan sepasukan anggota dari Batalion 3 PGA semasa melaksanakan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada 10.10 pagi.

“Pemeriksaan ke atas lori yang berada dalam keadaan mencurigakan itu membawa kepada penemuan anak pokok hiasan berkenaan pada bahagian belakang kenderaan. Pemandu lori, seorang lelaki berumur 35 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghantar tanaman itu ke sebuah nurseri tempatan ketika ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua tanaman hiasan itu dipercayai mengandungi serangga perosak dan berpenyakit.

“Rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167),” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img