the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA tumpaskan sindiket seludup lembu bernilai lebih RM100,000

KOTA BHARU: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan 15 ekor lembu dengan anggaran berat 7,500 kilogram disyaki diseludup dari Thailand dianggarkan bernilai RM112,500 dalam Operasi Taring Wawasan semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bembam, Pasir Mas pada 6.50 petang.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek itu bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup haiwan berkenaan ke pasaran tempatan.

“PGA mendapati suspek berusia 31 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PGA juga menumpaskan kegiatan penyeludupan pokok hiasan di Jejawi, Pasir Mas selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu lelaki tempatan pada 12.30 tengah hari semalam.

Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 120 pohon pokok hiasan jenis Bromeliad yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di dalam kenderaan itu, tanpa dokumen yang sah.

Beliau berkata suspek berusia 31 tahun itu dipercayai bertindak menjadi penghantar untuk menyeludup pokok hiasan itu ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM6,350 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings