the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGA9 rampas 40 tan kelapa cuba diseludup ke negara jiran, seorang ditahan

KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dan merampas 40 tan kelapa dianggarkan bernilai RM80,000 yang cuba diseludupnya ke negara jiran, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan pasukan itu ketika menjalankan Op Taring Wawasan berdekatan satu pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Ketika rondaan dijalankan anggota ternampak sebuah treler dalam keadaan mencurigakan di sebuah pangkalan haram dan bertindak membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan 40 tan kelapa ditemukan di belakang treler tersebut dan susulan penemuan itu seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang disyaki menjadi penghantar kelapa itu untuk diseludup ke negara jiran ditahan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata keseluruhan rampasan termasuk treler yang dianggarkan bernilai RM200,000 telah dihantar ke Komtak Pengkalan Kubor untuk disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuh-Tumbuhan 1978.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings