the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PGDK pengiktirafan tertinggi Sabah buat diri dan Bernama – Emin

KOTA KINABALU: Wartawan berpengalaman dan Pemberita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sabah Datuk Emin Madi menyifatkan penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang diterimanya hari ini sebagai satu penghormatan besar dalam dunia kewartawanan.

Emin, 75, berkata anugerah yang membawa gelaran Datuk itu turut mencerminkan penghargaan tinggi daripada kerajaan Sabah kepada Bernama secara keseluruhan, khususnya para petugas Biro Sabah.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas penganugerahan ini kepada golongan wartawan di Sabah. Saya percaya ramai lagi wartawan dan penulis yang turut layak menerima anugerah seperti ini,” katanya kepada Bernama selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Istiadat tersebut menyaksikan seramai 60 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat masing-masing yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Selain Emin, dua lagi petugas Bernama Biro Sabah turut menerima pengiktirafan iaitu Ketua Biro Sabah Fadzli Ramli yang dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK), serta Jurufoto Biro Sabah Zamain Singkui yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK). Penganugerahan bagi mereka dijadualkan pada sesi seterusnya yang akan dimaklumkan kemudian.

Dilahirkan di Tambunan pada 29 Nov 1949, Emin memulakan kerjayanya sebagai wartawan pada tahun 1970-an sebelum menyertai akhbar Sabah Times dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam.

Bapa kepada dua anak itu menyertai Bernama sejak tahun 1990-an dan telah menghasilkan pelbagai laporan serta artikel dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain menulis beberapa novel termasuk Salarom dan The Green Gold of Borneo.

Novel Salarom pernah memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka pada 2008, yang menyaksikan tiada pemenang bagi tempat pertama dan kedua.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings