the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib – Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pakatan Harapan tidak terlibat,” kata Pengerusi PH itu secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas lawatan dan makan tengah hari di pusat penjaja Lestari Niaga MADANI @ Wirawati di Kampung Pandan, di sini hari ini.

Himpunan terbabit dilaporkan sebagai bentuk sokongan daripada ahli Umno terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. Surat arahan daripada PAS turut tular yang menggalakkan ahli parti itu menyertai himpunan berkenaan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO, Anwar menganggapnya perkara biasa dan tiada masalah dengan penyataan itu.

Lim sebelum ini dilaporkan mengingatkan kepada Umno bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS termasuk dalam himpunan itu akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings