KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang masing-masing lumpuh akibat serangan strok.
Bantuan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi pasangan berkenaan di kediaman mereka di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, semalam.
“Pasangan suami isteri ini diuji dengan serangan strok sehingga mengakibatkan kedua-duanya terlantar dan memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga. Walaupun mereka terlantar, kasih dan sabar yang terpancar cukup menginsafkan kita semua.
“Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan salam dan sumbangan sebagai tanda kasih, prihatin dan solidariti,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut mendoakan pasangan itu serta ahli keluarga yang setia menjaga mereka diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketenangan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi pasangan berkenaan. Gambar: Anwar Ibrahim Official / Facebook