the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar hulur sumbangan kepada bekas pengawal peribadi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas pengawal peribadi beliau dikenali sebagai Shafie, yang kini berhadapan masalah kesihatan akibat penyakit diabetes dan dislocated elbow sehingga membataskan keupayaan tangan kirinya.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi sewaktu menziarahi Shafie di kediamannya.

“Dalam perjalanan kehidupan, ada insan-insan yang pernah berdiri teguh di sisi pemimpin, tidak kira masa susah atau senang. Encik Shafie, seorang bekas pengawal peribadi yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan Perdana Menteri ketika melalui detik-detik sukar dalam politik tanah air.

“Sesungguhnya, pengorbanan mereka yang setia ketika waktu sukar tidak akan dilupakan. Justeru itu, saya menziarahi beliau bagi menyampaikan salam kasih dan ingatan Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan,” katanya dalam hantaran di Facebook yang turun dikongsikan Anwar hari ini.

Ahmad Farhan dalam hantaran sama turut mendoakan supaya Shafie diberikan kekuatan dan kesembuhan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings