the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buru dua suspek insiden letupan di Taman Serumpun

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang memburu dua suspek dipercayai terlibat dalam insiden letupan di Taman Serumpun di sini awal pagi semalam, yang menyebabkan tiga buah rumah mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kedua-dua suspek itu dipercayai menaiki sebuah kereta dan terlibat dalam kejadian letupan kira-kira 1 pagi itu.

“Pihak polis sedang mengesan suspek dan kita juga meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu dilakukan oleh dua suspek yang menaiki sebuah kereta, namun identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal punca kejadian berkaitan dengan hutang, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian itu, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian pada 1.05 pagi, memaklumkan terdengar satu bunyi letupan kuat di kawasan perumahan terbabit.

Siasatan polis mendapati letupan dipercayai berpunca daripada mercun yang dibaling ke dalam sebuah rumah dan impak letupan itu menyebabkan dua rumah bersebelahan turut mengalami kerosakan pada bahagian siling, halaman rumah dan kenderaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings