• 2025-07-23 10:42 AM

PUCHONG: Polis sedang memburu tiga individu yang didakwa melarikan seorang lelaki tempatan selepas pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Puchong petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 6.38 petang.

Menurut Wan Azlan, “Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek serta mangsa sedang giat dijalankan.”

Beliau turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian itu telah tular di media sosial.

Polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp G. Dinesh di talian 011-33094457 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-78627222 / 03-78627100.

Kejadian ini masih dalam siasatan, dan polis belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai motif atau identiti mangsa. - Bernama