the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
31.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis cari saksi kemalangan maut di BKE

BUKIT MERTAJAM: Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal lelaki maut di Kilometer 13.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, semalam untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata individu berkiatan boleh menyalurkan maklumat atau tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT atau mana-mana balai polis berdekatan.

“Dalam kemalangan 11.50 pagi, remaja lelaki berusia 19 tahun yang menunggang motosikal dari arah Kulim, Kedah menghala Seberang Jaya telah bergesel dengan sebuah lori di laluan sama sehingga menyebabkan mangsa terbabas ke kiri jalan.

“Impak pergeselan itu menyebabkan remaja lelaki terpelanting terkena besi penghalang jalan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki. Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings