the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis kesan empat suspek bakar lima kenderaan mewah di Kuala Langat

SHAH ALAM: Polis sedang giat mengesan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian membakar lima kenderaan mewah di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian kebakaran kenderaan pada pukul 6.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik kenderaan tersebut tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Empat suspek lelaki disyaki membakar kereta milik mangsa, dan polis kini dalam usaha mengesan mereka. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat menggunakan api, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu mengakibatkan kerugian dianggarkan RM1.6 juta, termasuk kerosakan pada bahagian hadapan rumah mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Sebelum ini, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, melaporkan bahawa lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah teres dua tingkat terbakar hampir 90 peratus.

Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres dengan anggaran kerosakan antara lima hingga 10 peratus.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories