the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau

BALIK PULAU: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata ia susulan laporan yang dibuat seorang wanita, 32, semalam yang mendakwa pakaian dalam yang disidai di luar rumah telah hilang.

“Sebaik menyedari pakaian dalam yang disidai di ampaian hilang, pengadu bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil pakaian dalam milik pengadu sebelum beredar dengan menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul Rizal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman berdurasi 60 saat memaparkan seorang lelaki bertopi keledar memanjat pagar sebuah rumah dan mengambil pakaian dalam wanita yang disangkut di ampaian sebelum segera beredar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings