the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta

SERDANG: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata ia terdiri 353,400 unit barang kes membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023.

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 168 unit komputer riba, 59 unit tablet, 32 modem dan router, 14 mesin simulator dan 612 lain-lain unit barang kes manakala barangan kontraban pula terdiri 352,515 kotak pelbagai jenama rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini yang turut dihadiri Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Anbalagan berkata pelupusan itu dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes yang mendatang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings