the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan empat lelaki dipercayai curi kabel TM

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

ARAU: Polis menahan empat lelaki dipercayai mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) selepas kereta dinaiki mereka cuba melanggar anggota bertugas yang menahan kenderaan itu semasa rondaan Op Kabel/Kesan/Pintu/Lejang di persimpangan masuk Taman Jejawi Permai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata empat anggota Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis yang membuat rondaan pada 4.20 pagi mendapati kereta Proton X70 dinaiki suspek berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun itu adalah mencurigakan.

Beliau berkata polis menahan kereta itu namun pemandu enggan memberikan kerjasama dan bertindak memandu laju dan cuba melanggar anggota polis terbabit namun sempat dielak sebelum kenderaan suspek merempuh kereta pasukan keselamatan tersebut.

Susulan itu, Ahmad Mohsin berkata anggota polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah kereta suspek, yang kesemuanya berasal dari Sungai Petani di Kedah, untuk mempertahankan diri.

“Dalam kejadian ini, tiada sebarang kecederaan dialami… tembakan hanya mengenai cermin hadapan dan sisi kereta namun seorang suspek mengalami kecederaan kecil akibat pergelutan ketika anggota polis melaksanakan tangkapan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di sini.

Beliau berkata polis merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel itu selain kabel TM sepanjang anggaran 150 meter tertera tulisan Telekom Malaysia Berhad.

Dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain dan kesemua mereka direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img