the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan enam anggota sindiket Ah Long disyaki ugut peminjam

JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata operasi itu melibatkan dua pegawai dan 15 pegawai dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 35 hingga 51 tahun dan dipercayai menerima upah untuk membuat ugutan jenayah terhadap mangsa yang gagal membuat pembayaran pinjaman.

“Mereka dipercayai bergiat aktif sejak April lepas dengan mendapat upah RM400 untuk menyimbah cat dan RM700 untuk melakukan khianat dengan menggunakan bom botol ke atas rumah mangsa.

“Sindiket ini mengiklankan ‘kerja’ itu di dalam Facebook yang menawarkan upah bagi melakukan perbuatan khianat secara terbuka bertujuan menakut-nakutkan peminjam serta ahli keluarga mangsa tanpa perlu bersemuka ketua sindiket.

“Mereka ini akan menghantar video setelah perbuatan khianat selesai dilakukan kepada ketua sindiket bagi mendapatkan upah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas barangan seperti enam telefon bimbit pelbagai jenis, nota ugutan, tin cat, pencair, pelitup muka, tiga buah kereta pelbagai jenis serta alat tulis dan pakaian.

Ujian saringan air kencing mendapati lima daripada enam warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan keenam-enam lelaki itu kini direman hingga 14 Julai ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Siasatan awal mendapati sindiket itu aktif melakukan jenayah di beberapa negeri seperti di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

“Dengan tangkapan ini kita berjaya menyelesaikan 24 kes melibatkan kontinjen Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak dengan modus operandi yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan selain Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Mei lepas sebanyak 1,267 kes berkaitan pinjaman wang tanpa lesen dilaporkan dan seramai 347 individu ditahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings