the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki bersama pil yaba bernilai lebih RM12,000

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan dalam serbuan 12.30 tengah malam semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345,“ katanya.

Kama Azural berkata suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Mei ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan negeri Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img