the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat pergaduhan perlawanan bola sepak

KUALA TERENGGANU: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan perlawanan bola sepak antara kelab NAG FC dengan KESA FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus Jumaat lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata tiga suspek ditahan termasuk pegawai dan pemain pasukan bola sepak yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Tiga suspek berkenaan ditahan semalam untuk membantu siasatan insiden pergaduhan sehingga menyebabkan seorang individu cedera teruk.

“Beberapa tangkapan lain akan menyusul selepas ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,“ katanya pada sidang media Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Jumaat lalu tular di laman sosial video berdurasi dua minit 42 saat yang memaparkan insiden pergaduhan dan rusuhan antara NAG FC dengan KESA FC.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati pasukan bertanding terhadap mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings