the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan tujuh remaja pukul, paksa pelajar masuk kumpulan haram

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 16 hingga 18 tahun kerana disyaki terlibat memukul dan memaksa pelajar sekolah menyertai kumpulan haram di sekitar Kajang pada Jumaat dan Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata penahanan itu susulan polis menerima dua laporan berhubung kejadian pukul melibatkan pelajar sekolah di kawasan Bandar Sungai Long, Kajang.

Beliau berkata dalam kejadian pertama, seorang pelajar berusia 13 tahun didatangi sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah sama sebelum dua daripada mereka bertindak memukul mangsa termasuk menggunakan sebatang besi kira-kira 12 tengah hari pada 16 Mei lepas.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dalam kejadian kedua pada 17 Mei, seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun didatangi sekumpulan lelaki yang mengajaknya menyertai kumpulan Geng 24 ketika sedang makan bersama rakan-rakannya di sebuah restoran di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

Beliau berkata tiga suspek kemudian bertindak memukul mangsa dan rakannya menggunakan kerusi plastik selepas menolak ajakan tersebut sehingga mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

Mohd Zaid berkata kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Insp Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 dan Insp Raziman Rasid (019-4565502).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings