the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun ganja seberat 5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah van dipandu oleh suspek yang berusia 67 tahun itu.

“Polis turut merampas pasport Thailand milik suspek, sebuah van dan dua unit telefon bimbit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai tekong dan tujuh wanita warga Myanmar yang disyaki diseludup masuk ke negara ini menggunakan kereta di Jalan Pak Keral, Tumpat.

Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan kesemua tujuh warga asing itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fischer Etablishes New Malaysian Subsidiary, Reinforcing Its Commitment to Customers Across Malaysia

PETALING JAYA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 13 October 2026 – Having served customers in Malaysia with German-engineered solutions and services for more than a decade, fischer has now established a local subsidiary to provide more tailored solutions and enhanced customer support throughout the entire project lifecycle—from planning and design through to construction and completion.

Most Viewed

spot_img