the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima 28 laporan terhadap Muhyiddin

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUANTAN: Polis menerima 28 laporan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, kami telah menerima 28 laporan yang dibuat di seluruh daerah Pahang dan kertas siasatan akan dibuka,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img