the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima dua laporan video tular gaduh di plaza tol

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

NIBONG TEBAL: Polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun, di sini selepas rakaman kejadian itu tular melalui media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS.

“Pihak polis telah mengesan video berdurasi 28 saat yang tular melalui media sosial memaparkan satu kejadian melibatkan perselisihan faham antara dua pengguna jalan raya di lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Plaza Tol Bukit Tambun arah selatan sekitar 5.15 petang hari ini.

“Kejadian ini melibatkan pelanggaran kenderaan dari belakang yang kemudian menyebabkan pertengkaran, kerosakan harta benda serta dakwaan serangan fizikal dan ugutan jenayah oleh seorang daripada individu terlibat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata video berkenaan yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah.

Terdahulu, tular satu rakaman video melalui media sosial memaparkan pertengkaran antara dua lelaki di Plaza Tol Bukit Tambun dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelikat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img