the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRK Nenggiri: Jentera PH sedia bantu kempen calon BN – Fahmi

KUALA LUMPUR: Jentera Pakatan Harapan (PH) sedia membantu gerak kerja kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, kata Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata pihaknya akan berhubung dengan pejabat Ketua UMNO Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi meneliti keperluan dalam usaha membantu kempen itu.

“Kami akan memberikan kerjasama baik dan sememangnya saya sendiri mengharapkan kempen ini akan berjalan dengan tertib tanpa menggunakan kata kesat dan menyinggung hati. Berkempenlah dengan baik termasuk di media sosial,“ katanya ketika ditemui Bernama di Istana Negara.

Terdahulu Fahmi meninjau raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan mendengar taklimat daripada wakil Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon BN bagi PRK Nenggiri.

Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong pada 19 Jun lepas selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings