the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
20.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Program kenegaraan tingkat pengetahuan pelajar tentang pejuang kemerdekaan

KANGAR: Program Pengisahan Kenegaraan @ Kelab Malaysiaku menjadi landasan berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar sekolah menengah mengenai pengorbanan pejuang kemerdekaan, sekaligus menyemai nilai patriotik dalam generasi muda.

Pengarah Penerangan Perlis Aidatul Shima Che Hassan menyatakan program berbentuk pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan fokus kepada penguasaan ilmu sejarah dan elemen kenegaraan.

“Program ini menggunakan kaedah penceritaan yang dipertandingkan, membolehkan pelajar mengetengahkan kisah perjuangan tokoh kemerdekaan dengan lebih jelas. Ia bukan sekadar mengenali tokoh melalui subjek Sejarah, tetapi juga mendalami aspek kenegaraan,“ jelasnya selepas merasmikan pertandingan peringkat negeri Perlis.

Beliau yakin pendekatan multimedia dalam pertandingan ini mampu menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

Pelajar diberi ruang untuk menghasilkan video pendek secara kreatif dengan bimbingan guru.

“Generasi muda kini lebih teruja dengan pendekatan digital seperti rakaman dan penyuntingan video. Elemen ini menjadikan pembelajaran sejarah lebih menarik dan relevan,“ tambahnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau muncul johan pertandingan dengan karya bertajuk “Darah Tanah Ini”, meraih hadiah wang tunai RM1,000 serta peluang mewakili Perlis di peringkat kebangsaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

UBS to Debut Chan Wai Lap’s New Immersive Installation at Art Basel Hong Kong 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 – As Global Lead Partner, UBS proudly presents the 2026 edition of Art Basel Hong Kong, 27-29 March 2026, drawing together collectors, curators, artists and art enthusiasts from around the world to the Hong Kong Exhibition and Convention Center.
spot_img

Popular Categories