IPOH: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi MUDA Perak Mutalib Uthman berkata pihaknya menyasarkan kerusi Parlimen dan DUN yang dikenal pasti boleh menang, namun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu.

“MUDA hendak bertanding (PRU15) memang sasarkan untuk menang, bukan sekadar hendak mengisi masa lapang,“ katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Kempen MUDA Perak Bergerak di Memory Lane di sini hari ini.

Sementara itu, Mutalib berkata pihaknya kini sedang aktif melaksanakan kempen berkenaan di kesemua 24 kawasan Parlimen di negeri itu dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Beliau berkata kempen itu dilaksanakan secara bersemuka di kawasan tumpuan ramai seperti pasar tani, kawasan riadah selain pendekatan dari rumah ke rumah dan secara dalam talian. — Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image