KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM20 juta merangkumi tiga dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2025.
Dalam kenyataan hari ini, katanya jumlah pengagihan kasar adalah 3.75 sen seunit bagi Public Dana Bon Terpilih, 0.20 sen seunit bagi Public Dana Dividen Terpilih dan 0.10 sen seunit bagi PB Dana Dividen ASEAN.
Menurutnya dasar pengagihan Public Dana Bon Terpilih dan PB Dana Dividen ASEAN adalah secara tahunan manakala Public Dana Dividen Terpilih bagi setiap setengah tahun.
Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih 180 dana dan mempunyai 31 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.
Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, dengan menguruskan sembilan dana PRS.