the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki kiri

KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki kiri di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Menurut kenyataan Istana Arau hari ini Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan dan prosedur itu selesai tanpa sebarang masalah.

“Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata dan semua kaum kerabat serta sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan segera buat Tuanku Syed Sirajuddin,” menurut kenyataan itu.

Baginda berdua turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada barisan pakar serta seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan HTF.

Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin akan menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya di Wad Diraja HTF.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings