the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi mesyuarat agung tahunan PPPM

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUCHING: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM disambut Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penaung PPPM Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam titah perasmian, Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang telah menyumbang bagi menjadikan PPPM sebagai organisasi yang bermakna buat ramai anak gadis di Malaysia.

Raja Zarith Sofiah bertitah melalui PPPM ramai anak gadis telah menimba pengalaman dan membina keyakinan untuk menjadi individu yang lebih berani dengan sifat kepimpinan.

“Kehendak dunia semakin berubah dan dalam era globalisasi dan revolusi 4.0 perubahan yang mendorong inovasi serta kreativiti berlaku dalam kadar amat pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Melihat kepada usaha PPPM pada hari ini saya berasa bangga kerana sumbangan ahlinya seiring dengan keperluan semasa. PPPM telah berjaya membawa perubahan yang positif di dunia ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar vows to fast-track UM student housing project, warns contractors

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has pledged to personally oversee Universiti Malaya’s (UM) student housing project, rejecting its proposed 2030 completion timeline and warning that underperforming contractors would be replaced.

Most Viewed

spot_img