the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja lelaki dilaporkan hilang di Kota Bharu

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lundang untuk menghantar pesanan air kopi kepada pelanggan pada 8.15 malam, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Nik Muhammad Amir Aiman Nik Yusoff daripada ahli keluarganya semalam.

“Remaja terbabit dilaporkan keluar dari rumahnya di alamat 1586-A Jalan Sek. Lundang, Kota Bharu dengan memakai seluar jean berwarna biru dan berbaju kemeja-T warna hitam.

“Nik Muhammad Amir Aiman mempunyai ketinggian lebih kurang 165 sentimeter dan berat badan dianggarkan 40 kilogram serta berambut pendek lurus. Usaha mengesan remaja berkenaan masih dijalankan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan individu terbabit boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Che Habsah Che Hasaan menerusi talian 013-4250565 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings