the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja lelaki terjatuh ke dalam tali air ditemukan lemas

KOTA BHARU: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini semalam, ditemukan lemas pada 11.40 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Hamdam Mamat berkata mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan penduduk kampung kira-kira 150 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Aqif Aisar Azrie Faisal berasal dari Kampung Lubuk Besar, Ketereh.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan mangsa terjatuh ke dalam tali air itu kira-kira 5 petang semalam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings