the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4810/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4840/4870 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY kekal di hadapan dengan Rizab Persekutuan (Fed) dijangka tidak menurunkan kadar faedah secara agresif manakala data ekonomi menyokong pandangan bahawa ekonomi AS masih kukuh.

“Kemungkinan untuk penurunan kadar faedah pada Disember telah berkurangan dengan ketara daripada 80 peratus kepada di bawah 60 peratus. Pasaran tidak menentu pada masa ini.

“Oleh itu, ringgit dijangka cenderung untuk bergerak ke arah penurunan bersama dengan mata wang negara utama dan sedang pesat membangun yang lain,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6761/6856 daripada 5.6750/6787 pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7180/7259 daripada 4.7172/7203, bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 2.8638/8688 daripada 2.8720/8741 semalam.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.64 daripada 7.63/7.63 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 282.4/283.0 daripada 282.6/282.9 pada Khamis.

Mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8003/8342 daripada 12.7706/7838 semalam dan kekal hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.3284/3344 daripada 3.3284/3309 sebelum ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings