the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit dijangka diniagakan mendatar minggu depan menjelang mesyuarat FED

KUALA LUMPUR: Ringgit diunjur diniagakan dalaam jajaran kecil minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap kebimbangan inflasi global ketika ini, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka bergerak dalam jajaran 4.22 hingga 4.24 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata pasaran akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang dijadualkan pada 17-18 Jun.

“Tumpuan itu membabitkan unjuran sukuan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed), khususnya prospek mengenai Kadar Dana Persekutuan bagi tempoh berbaki tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata selain Fed, beberapa bank pusat lain juga dijadual bermesyuarat minggu depan, termasuk Bank of England, Bank of Japan, People’s Bank of China manakala di peringkat ASEAN melibatkan Bank of Indonesia dan Bangko Sentral ng Pilipinas.

Secara umumnya, beliau berkata kadar faedah global lebih terarah kepada penurunan ketika prospek pertumbuhan menjadi lebih mencabar susulan kejutan berkaitan tarif.

Pada masa sama, serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran pada awal semalam telah menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak mentah Brent ke paras tertinggi US$78.22 setong sebelum turun kepada sekitar US$73.56 setong.

Indeks Dolar AS pula menokok sebanyak 0.31 peratus kepada 98.228 mata.

“Berikutan itu, elemen geopolitik menjadi tumpuan utama pada Jumaat yang telah memberi manfaat kepada dolar AS pada masa ini,“ katanya.

Beberapa laporan turut mengunjurkan berlakunya konflik ketenteraan langsung antara Israel dan Iran boleh mencetuskan pengukuhan ketara terhadap dolar AS.

Sebarang tindak balas Fed terhadap perkembangan itu, terutama berkaitan kadar faedah dilihat sebagai faktor penting dalam menentukan hala tuju dolar AS dalam masa terdekat.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit mengakhiri pengukuhan awalnya susulan peningkatan kebimbangan geopolitik ternyata meningkatkan permintaan terhadap dolar AS yang dilihat sebagai aset selamat.

Ringgit menamatkan urus niaga minggu ini dengan lebih rendah berbanding dolar AS pada paras 4.2435/2480 pada Jumaat berbanding 4.2270/2360 seminggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.9448/9482 daripada 2.9324/9390 pada akhir urus niaga Jumaat, rendah berbanding pound Britain kepada 5.7482/7543 daripada 5.7212/7334 sebelum ini dan turun berbanding euro kepada 4.8906/8958 daripada 4.8268/8371.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3077/3118 pada Jumaat daripada 3.2862/2934 dalam minggu sebelumnya.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susut kepada 260.2/260.6 daripada 259.5/260.2 sebelum ini dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0807/1018 daripada 12.9599/9947, minggu lepas.

Ringgit sebaliknya kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada paras 7.55/7.56.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TrueHealth Medical lands on HKEX as the first Hong Kong-listed percutaneous surgical robotics player,...

TrueHealth Medical debuted on the Hong Kong Stock Exchange as the first listed specialist in percutaneous surgical robotics, with shares surging 216.96% on the first trading day. The company plans to accelerate commercialization, R&D and expansion of its minimally invasive oncology robotics portfolio.

JustCo app enables on-demand booking of workspace- No monthly membership required

JustCo Holdings Limited ("JustCo"), a Singapore-grown flexible workspace operator with an extensive Asia Pacific network, announced pay-per-use access via the JustCo App, allowing professionals to find, book, and access hot desks and meeting rooms on demand across its network, without membership or upfront commitment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings