the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ringgit mengukuh susulan pengumuman gencatan senjata

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemungkinan krisis di Timur Tengah mereda apabila Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.2770/2980 berbanding dolar AS daripada paras akhir 4.2915/2980, semalam.

Indeks Dolar AS susut 0.29 peratus kepada 98.416 mata.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Presiden Trump mengumumkan Israel dan Iran telah mencapai persetujuan awal untuk melaksanakan gencatan senjata, sekali gus membuka jalan ke arah penyelesaian krisis ketenteraan ketika ini.

Peniaga dan pelabur juga, katanya, kini beralih daripada mata wang selamat kerana beranggapan risiko ketara akibat konflik ketenteraan Israel-Iran kini berkurangan untuk sementara waktu.

“Harga minyak mentah Brent susut kepada US$71.48 setong selepas hampir mencecah US$80 setong semalam susulan harapan menyaksikan krisis ketenteraan itu berakhir.

“Sehubungan itu, ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain dijangka menunjukkan prestasi lebih baik hari ini susulan perkembangan positif di Timur Tengah,“ katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.9315/9461 daripada 2.9028/9074n, susut berbanding pound Britain kepada 5.7932/8216 daripada 5.7437/7524 dan mengecil berbanding euro kepada 4.9605/9848 daripada 4.9236/9311 sebelum ini.

Unit tempatan itu menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.3/260.7 daripada 260.2/260.7 semalam dan naik sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.46 daripada 7.44/7.46.

Namun begitu, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3339/3507 daripada 3.3188/3243 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.0361/1081 daripada 12.9998/13.0250 sebelum ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings