the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM15 juta diperuntuk jadikan Harimau Malaya gergasi bola sepak Asia

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, RM10 juta akan diperuntuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan manakala RM5 juta adalah komitmen daripada pihak swasta.

Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan Harimau Malaya dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik.

“Kalau kita dapat pengurus dan jurulatih yang betul-betul menunjukkan komitmen mereka biarpun mereka dari luar negara, saya percaya kita mampu mengangkat nama dan kewibawaan Harimau Malaya dalam mewakili negara Malaysia tercinta.

“Kita nak pastikan kemudahan dan kebajikan pemain-pemain bola, pengurus dan jurulatih mereka,“ katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau akan mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah beliau pulang dari lawatan rasmi di Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur, yang bermula hari ini hingga Jumaat.

Beliau juga akan meminta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk segera menyelaraskan penyaluran peruntukan berkenaan selain menugaskan seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan untuk memastikan segala urusan kewangan berkaitan teratur.

“Mudah-mudahan selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi, kita dapat juga pamerkan (prestasi) bola sepak yang cemerlang dari Malaysia,“ katanya.

Anwar turut mengumumkan secara peribadi akan memantau dan membantu dalam usaha memperkukuh pasukan Harimau Malaya.

“Mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutamanya orang muda yang minat dengan sukan bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img