the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM350 juta bagi projek penyenggaraan jalan persekutuan tahun ini

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

BANGI: Kerajaan tahun ini memperuntukkan RM350 juta untuk 563 kerja penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata peruntukan itu, melibatkan RM275 juta untuk kerja penyenggaraan berkala pavemen dan RM75 juta untuk bukan pavemen.

“Kerja penyenggaraan ini ditawarkan kepada kontraktor gred G1 hingga G4 menerusi cabutan undi,” katanya kepada pemberita selepas majlis tawaran cabutan kerja undi di bawah Program Mempercepat Penyenggaraan Jalan dengan Memanfaatkan Kontraktor Gred G1 hingga G4 Zon Tengah dan Timur, di sini hari ini.

Beliau berkata majlis cabutan undi bagi program itu di Zon Selatan juga berlangsung dua hari bermula hari ini hingga esok, manakala di Zon Utara pada 5 hingga 6 Jun ini.

Ahmad berkata cabutan undi itu dilakukan bagi memastikan peluang sama rata diberikan kepada kontraktor-kontraktor terlibat.

“Cabutan ini dibuat secara adil dan kontraktor yang terlibat juga boleh lihat keputusan secara dalam talian. Kontraktor yang dipilih tahun lepas juga tidak layak diundi untuk tahun ini,” katanya.

Ahmad berkata kesemua kontraktor yang terlibat pada majlis cabutan undi juga telah ditapis pihak bertanggungjawab, bagi memastikan segala projek dijalankan kelak berjalan lancar dan siap pada tarikh ditetapkan.

“Kontraktor ini kita telah senarai pendek, yang kita anggap mempunyai keupayaan dan kita yakin boleh laksanakan tugas yang diberikan.

“Jadi, saya rasa tidak timbul isu kontraktor tertentu tak boleh buat kerja, kalau ada pun ia mungkin kes yang terpencil,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img