the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ronaldo tidak rancang beraksi di Piala Dunia Kelab

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

MUNICH: Cristiano Ronaldo menolak spekulasi bahawa beliau akan beraksi di Piala Dunia Kelab dengan menyatakan pada Sabtu bahawa beliau hampir pasti tidak akan menyertai kejohanan itu yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kapten Portugal itu memberitahu wartawan menjelang perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA menentang Sepanyol di Munich pada Ahad bahawa beliau menerima beberapa tawaran dan telah mengadakan perbincangan, namun sudah membuat keputusan.

“Saya tidak akan berada di Piala Dunia Kelab,” kata Ronaldo, 40. “Beberapa pasukan menghubungi saya. Ada yang masuk akal, ada yang tidak.”

Kontrak Ronaldo bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr yang tidak layak ke kejohanan 32 pasukan itu akan tamat pada 30 Jun.

Presiden FIFA Gianni Infantino sebelum ini mencetuskan spekulasi bahawa Ronaldo mungkin akan tampil mewakili kelab lain. FIFA telah mewujudkan jendela perpindahan khas sehingga Selasa bagi kelab-kelab yang bertanding di Amerika Syarikat.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu sama ada perlu memperbaharui kontrak bersama Al-Nassr atau menyertai kelab baharu untuk meneruskan kariernya, namun beliau masih belum memikirkan soal persaraan.

“Saya tidak ada banyak tahun lagi untuk bermain – tetapi saya sedang menikmati saat ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img