the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salur maklumat kanak-kanak perempuan hilang di Talian Kasih – Exco

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas kepada Talian Kasih 15999.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Khairin-Nisa Ismail@Md On berkata maklumat itu juga, boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp di talian 019-2615999 atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan.

Beliau berkata orang ramai turut boleh menghubungi balai polis berdekatan atau talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Talian Bilik Gerakan 07-2212999.

“Kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor telah mengarahkan semua agensi di bawah jawatankuasa ini, untuk membuat hebahan berkaitan kehilangan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius isu kehilangan kanak-kanak itu dan menyeru ibu bapa atau penjaga serta orang awam agar lebih prihatin dan peka, dalam memastikan pemantauan dan keselamatan kanak-kanak diberi perhatian utama setiap masa.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah kira-kira 8.30 malam, Sabtu.

Kumarasan dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu, memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings