the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak rancang adakan kempen peraturan penggunaan dron – Lee

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak bercadang melancarkan kempen menyeluruh untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peraturan penggunaan dron, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau berkata kempen itu akan melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pemimpin masyarakat dan saluran media untuk menyebarkan maklumat mengenai peraturan penggunaan dron.

“Kita akan menganjurkan bengkel, seminar dan program jangkauan untuk mendidik orang awam di seluruh Sarawak, sama ada di wilayah selatan, tengah atau utara negeri yang akses kepada maklumat mungkin terhad,“ katanya ketika berucap merasmikan Sarawak Aviation Safety Talk 2024 di sini hari ini.

Lee berkata kerajaan negeri prihatin terhadap penggunaan dron dan keperluan mendesak untuk kesedaran awam berhubung undang-undang yang mengawal operasi peralatan itu, justeru menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap pengendali dron peka dengan keperluan undang-undang dan potensi risiko yang berkaitan dengan penggunaan dron yang tidak betul.

“Ia bukan sekadar untuk mengelak denda atau penalti, ia tentang melindungi nyawa, menjaga warisan dan mengekalkan integriti ruang udara kita,“ katanya.

Lee berkata operasi dron di Malaysia, sama ada secara komersial atau rekreasi tertakluk pada perundangan penerbangan iaitu Bahagian XVI Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Pekeliling Maklumat Aeronautika 4/2008 dan semua pengendali dron perlu mematuhi sekatan, had operasi dan peraturan di bawah perundangan itu.

Beliau berkata peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memerlukan sesiapa yang berhasrat mengendalikan dron di ruang awam atau dalam ruang udara terkawal perlu mendapatkan permit berkaitan terlebih dahulu.

“Saya menggesa semua persatuan, syarikat dan individu di Sarawak supaya mengambil serius hal ini. Penggunaan dron bukan hanya soal kebebasan peribadi, tetapi ia juga soal keselamatan awam dan negara,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings