the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SASC: Malaysia tewas 4-5 kepada Pakistan

IPOH: Juara bertahan Malaysia memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah (SASC) ke-30 dengan tewas tipis 4-5 kepada Pakistan di Stadium Hoki Azlan Shah di sini, malam ini.

Jaringan hatrik Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-13, 28 dan 45 dalam aksi penuh debaran itu, tidak cukup untuk membolehkan Malaysia yang menduduki ranking ke-13 dunia mengutip tiga mata penuh.

Pakistan yang turun selaku juara tiga kali (1998, 2000, 2003), terlebih dahulu menggegarkan gawang apabila pukulan sudut penalti kencang daripada Muhammed Sufyan Khan pada minit kesembilan, gagal diselamatkan penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman.

Speedy Tigers, bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Muhammad Azrai Aizad yang melolos masuk hantaran Faizal Saari untuk menceriakan lebih kurang 4,000 penonton di stadium.

Muhammad Azrai Aizad, 24, kemudian berjaya menyempurnakan dua pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan 45 untuk melengkapkan hatrik, sekali gus meletakkan skuad kendalian Sarjit Singh 3-1 di hadapan.

Pakistan di bawah kendalian Roelant Oltmans, bagaimanapun terus menekan benteng pertahanan negara untuk merapatkan jurang menerusi Muhammed Sufyan pada minit ke-50, manakala jaringan Zikiriya Hayat tiga minit kemudian mengikat kedudukan 3-3.

Dengan berbaki tiga minit, Shello Silverius meledakkan gol menerusi larian solo untuk kembali meletakkan skuad negara di hadapan, namun jaringan Muhammed Sufyan seminit kemudian dan pukulan penalti Abu Bakar Mahmood pada minit ke-60 mengesahkan kemenangan milik skuad Green Shirts.

Mengulas kekalahan itu, Sarjit berkata kehilangan fokus dan terlalu dipengaruhi keterujaan penyokong pada lima minit terakhir menyebabkan anak buahnya pulang dengan kekecewaan pada aksi malam ini.

“Kami berpeluang untuk menang apabila mendahului 4-3 dengan tiga minit baki perlawanan, namun dua kesilapan mudah (menyebabkan kekalahan itu). Kemudian dalam 30 saat terakhir mempunyai peluang tapi memilih untuk mengikut ke tengah dan mereka menyerang balas.

“Kami perlu mengawal perlawanan, tidak perlu tergesa-gesa memandangkan masa menyebelahi kami hari ini. Tapi, tak mengapa, kami melakukan kesilapan itu hari ini, kejohanan masih panjang, harapnya kami belajar daripada kesilapan ini dan terus menjadi lebih baik,“ katanya yang dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan awal Mac lepas.

Sementara itu, Oltmans berkata anak buahnya berjaya meraih kemenangan selepas menukar taktik setelah ketinggalan 3-1 walaupun Malaysia lebih banyak menguasai permainan.

Malaysia seterusnya akan bertemu pasukan ranking ke-19 Kanada esok, manakala Pakistan akan dicabar Korea Selatan.

Skuad Speedy Tigers merangkul gelaran pertama ketika kali terakhir kejohanan itu diadakan pada 2022 selain muncul naib johan lima kali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings