the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SC beri amaran kepada pihak awam mengenai penipuan klon daftar awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai mengenai penipuan pelaburan baharu melibatkan versi klon Daftar Awam Pemegang Lesen dan Individu Berdaftar SC.

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata kaedah menipu pelabur ini melibatkan pihak tidak bertanggungjawab secara palsu mendakwa mewakili entiti yang kononnya dilesenkan oleh badan kawal selia itu.

Menurutnya bagi menyokong dakwaan berkenan, bakal mangsa diarahkan untuk ke laman web yang meniru portal Daftar Awam rasmi SC.

“Apabila mangsa memasukkan nama entiti palsu dalam laman web klon ini, hasil carian akan menunjukkan entiti palsu itu dilesenkan secara sah oleh SC. Penyenaraian palsu termasuk nombor pendaftaran syarikat, butiran lesen dan bukti kelayakan yang direka lain.

“Mangsa kemudian dipujuk untuk memindahkan dana dalam akaun bank keldai yang didakwa untuk tujuan pelaburan,” katanya.

Menurut SC sejak penemuan penipuan pelaburan baharu ini, ia telah mengambil langkah segera untuk menurunkan laman web klon yang dikenal pasti.

“Bagaimanapun, SC menggesa orang ramai untuk berwaspada dan jangan sekali-kali klik pada mana-mana pautan yang diterima daripada sumber yang tidak dipercayai,” katanya.

Ia turut mengingatkan pelabur supaya menggunakan Daftar Awam rasmi SC secara terus di www.sc.com.my untuk mengesahkan kesahihan entiti.

“Pelabur juga diingatkan untuk mengelak daripada memindahkan dana dalam akaun bank entiti mencurigakan, yang mungkin merupakan akaun keldai yang digunakan oleh penipu.

“Jika mempunyai sebarang keraguan atau mengenal pasti laman web atau skim pelaburan mencurigakan, hubungi pejabat pengguna dan pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel [email protected],” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings