the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekurang-kurangnya 27 maut, Taufan Otis badai Selatan Mexico

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala empat lagi hilang selepas Taufan Otis melanda Guerrero, Mexico pagi Rabu, lapor Xinhua.

Taufan itu yang menyebabkan kemusnahan teruk terutama di kawasan peranginan Acapulco, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara, kata setiausaha keselamatan dan perlindungan rakyat Mexico, Rosa Icela Rodriguez.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyatakan kesedihan atas kehilangan nyawa dan pentadbirannya melancarkan operasi pengangkutan bantuan udara ke kawasan terjejas dengan sokongan tentera.

Sementara itu, kakitangan Suruhanjaya Elektrik Persekutuan bertungkus lumus cuba memulihkan bekalan elektrik dan telekomunikasi di rantau itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings