the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor catat RM5.42 bilion nilai pelaburan projek industri teknologi, telekomunikasi

SHAH ALAM: Sebanyak 75 projek bagi industri teknologi maklumat dan telekomunikasi dengan nilai pelaburan berjumlah RM5.42 bilion telah diluluskan di Selangor bagi tempoh Januari hingga September, 2023.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han berkata sebanyak RM3.27 bilion merupakan pelaburan tempatan manakala RM2.15 bilion disumbangkan oleh pelaburan asing.

“Industri ini menyumbang sebanyak 22 peratus kepada jumlah pelaburan dalam sektor perkhidmatan di Selangor dengan mewujudkan sebanyak 4,940 potensi peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) mengenai sumbangan ekonomi digital kepada prestasi ekonomi dan pelaburan di Selangor pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Ng berkata berdasarkan trend semasa, pelaburan dalam industri itu menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan apabila mencatat pertumbuhan lima peratus pada suku pertama 2023 dan terus meningkat ke tahap 39 peratus pada suku ketiga tahun sama.

“Pertumbuhan positif itu menggambarkan sektor ekonomi digital adalah sektor yang perlu diberi penekanan bagi memastikan perkembangan ekonomi Selangor yang mampan,” katanya.

Malah, katanya, usaha bagi pembangunan berterusan ekonomi digital turut terangkum dalam penyediaan polisi serta perlaksanaan inisiatif di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS1).

Penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang peranan merancang dan melaksanakan inisiatif digital di Selangor, juga membantu dalam merancakkan pembangunan ekonomi digital di negeri berkenaan.

“Menerusi usaha memanfaatkan teknologi seperti Internet Benda, analitis data raya dan kecerdasan buatan), SSDU menyasarkan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber, meningkatkan kecekapan dan mencipta persekitaran kondusif bagi memacu ekonomi digital,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings