the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor sasar pelaburan RM50 bilion pada tahun ini

SHAH ALAM: Selangor menyasarkan pelaburan sebanyak RM50 bilion pada tahun ini, lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada tahun lepas iaitu lebih RM45 bilion.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu berdasarkan perkembangan ekonomi yang semakin baik dan mampu menambah sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga 0.5 peratus pada tahun ini.

“Jika kita dapat meningkatkan 0.4 peratus hingga 0.5 peratus daripada apa yang kita sumbangkan sekarang, maknanya daripada lebih 25 peratus mungkin kepada sehingga 26 peratus sumbangan KDNK negara pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Amanat Tahun Baharu 2024 di Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau masih menunggu angka rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berhubung prestasi ekonomi dan pelaburan negeri itu pada tahun lepas.

Pada 2022, Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi satu perempat ekonomi negara iaitu pada kadar 25.5 peratus, dengan kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai perkembangan perobohan Stadium Shah Alam, Amirudin berkata kerja-kerja pengalihan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang dirancang untuk mengelak gangguan bekalan elektrik di kawasan Seksyen 13.

“Kita sedang berunding dengan TNB untuk mengalihkannya. Kalau buat baharu (pencawang), ia akan ambil masa lagi setahun, baru boleh robohkan stadium, justeru, kita alihkan dulu,” katanya.

“Saya akan pastikan (perobohan) segera tetapi kita tidak boleh menggunakan peledak atau bom sebab ia akan memberikan kesan kepada kejiranan di kawasan itu, sebaliknya dilaksanakan secara manual menggunakan peralatan mesin,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings