the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seniwati legenda Sophia Ibrahim meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Seniwati Sophia Ibrahim hari ini meninggal dunia pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam akibat asma.

Berita pemergian Sophia disahkan sendiri oleh anaknya, Hairie Kool atau nama sebenarnya Mohd Khairi Yaacob ketika dihubungi Bernama.

“Ya, ibu saya telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Ampang. Petang tadi ibu batuk teruk dan sukar bernafas, saya terus membawanya ke sini (pusat perubatan swasta). Ibu memang menghidap asma,“ katanya.

Beliau berkata jenazah ibunya dijangka disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini pada kira-kira 11 pagi esok.

Sophia mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Allahyarham merupakan anak sulung daripada 10 beradik termasuk Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latif Ibrahim.

Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings