the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori

SHAH ALAM: Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kereta terbabit dipandu lelaki tempatan yang sedang menjalankan perkhidmatan e-hailing dan membawa dua penumpang warga asing.

Beliau berkata anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.46 tengah hari tadi.

“Seorang daripada warga asing tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao berkata siasatan awal mendapati kereta tersebut dilanggar dari arah kiri menyebabkan seorang mangsa yang duduk di bahagian belakang kereta meninggal dunia.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings