the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sijil perlindungan harta intelek Musang King diperbaharui hingga 2034

SERDANG: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperbaharui sijil perlindungan harta intelek tempatan bagi durian Musang King untuk tempoh 10 tahun iaitu hingga 12 Mac 2034, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Bercakap kepada media selepas melancarkan buku Pakej Teknologi Durian di sini hari ini, beliau berkata langkah itu menjadikan Musang King sebagai jenama durian hak milik Malaysia dan tidak boleh diguna pakai oleh negara lain.

“Kita (Malaysia) telah daftar durian Musang King sebagai jenama khas melalui MyIPO (untuk) tempoh 10 tahun. Bila dah paten, orang (negara) lain payah kalau nak guna pakai,” katanya.

Kali pertama Musang King didaftarkan sebagai harta intelek di bawah Petunjuk Geografi adalah pada 13 Mac 2014.

Pendaftaran itu bertujuan mengiktiraf reputasi dan kualiti luar biasa raja buah itu yang merupakan produk buah-buahan unik Malaysia yang kini turut digemari penduduk global.

Mohamad berkata durian kini bukan sekadar ditanam untuk dinikmati ahli keluarga, sebaliknya menjanjikan pendapatan lumayan apabila Malaysia menjadi pengeksport durian segar ke China.

“Durian ketika ini bukan sekadar tanaman untuk bagi anak cucu makan. Kita telah hantar kira-kira 40 tan metrik durian segar pelbagai jenis ke China baru-baru ini. Saya yakin musim durian akan datang, kita dijangka hasilkan ribuan tan lagi untuk dieksport ke China,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu pengusaha tanaman durian di seluruh negara melipatgandakan usaha menanam dan menjaga kualiti durian dari ladang masing-masing.

Beliau berkata harga sebiji durian Musang King yang dipasarkan di China adalah sekitar RM350, namun tetap diminati oleh rakyat di negara itu.

Mohamad berkata ketika ini Pahang menjadi negeri pengeluar terbesar Musang King diikuti Perak.

Malaysia mula mengeksport durian segar ke China pada 24 Ogos lepas, selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai antara Mohamad dan Menteri Pentadbiran Am Kastam China (GACC) Yu Jianhua di Putrajaya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings