the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Skuad B-15 negara sertai dua kejohanan jemputan Australia Julai ini

SKUAD bawah 15 tahun (B-15) kebangsaan telah terpilih untuk menyertai dua kejohanan penting iaitu Kejohanan Emerging Matildas 2025 dan Kejohanan Emerging Socceroos 2025 di Australia, bulan depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan ia merupakan kali pertama sebuah pasukan kebangsaan dijemput oleh penganjur Football Australia untuk menyertai kejohanan remaja yang dijenamakan semula itu.

Menurut FAM, pasukan B-15 negara di bawah kendalian Javie Jordan Ribera akan turun menentang pemain muda terbaik Australia di Valentine Sports Park, Sydney dan Home of the Matildas di Universiti La Trobe, Melbourne.

“Malaysia telah mengesahkan hasrat menyertai kedua-dua kejohanan tersebut yang merupakan satu langkah bersejarah mengukuhkan rangka kerja pembangunan bola sepak Australia dan mempertingkatkan kerjasama antarabangsa di rantau ini,” menurut FAM dalam kenyataan hari ini.

FAM memaklumkan jadual perlawanan dan senarai pemain untuk kedua-dua kejohanan itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Kejohanan Emerging Matildas berlangsung pada 6 hingga 11 Julai di Home of Matildas manakala Kejohanan Emerging Socceroos 2025 membuka tirai pada 15 hingga 20 Julai di Valentine Sports Park.

Sementara itu, Presiden FAM Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata badan induk itu berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif penting bersama Football Australia.

“Peluang untuk bertanding dalam Kejohanan Emerging Matildas dan Emerging Socceroos mencerminkan komitmen bersama kita terhadap pembangunan akar umbi dan kerjasama serantau.

“Kejohanan ini memberikan pendedahan sangat berharga kepada bakat muda kami dan membolehkan kami memperkukuh hubungan bola sepak dengan Australia, sebuah negara yang berkongsi visi dalam pembangunan pemain muda,“ katanya dalam kenyataan sama.

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Most Viewed

MACC continues questioning senior armed forces officer in fund misuse probe

The Malaysian Anti-Corruption Commission continues its investigation into alleged fund misuse, recording a second day of statements from a senior Malaysian Armed Forces officer.
spot_img

Popular Categories