the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meraih gelaran pertama musim ini apabila menjuarai Terbuka Switzerland 2024 malam ini.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel menyaksikan Soon Huat–Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak awal permainan dengan memenangi set pertama 21-16.

Kemenangan itu nyata memberi tonik buat Soon Huat-Shevon untuk mendahului 11-3 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Tang Jie-Ee Wei dengan pukulan deras diakhiri keputusan 21-13 dalam masa 36 minit.

Soon Huat-Shevon, selaku juara kejohanan bertaraf status Super 300 itu, membawa pulang hadiah wang tunai US$16,590 (RM78,582) manakala Tang Jie-Ee Wei menerima US$7,980 (RM37,799).

Ini merupakan gelaran pertama diraih pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu selepas menempuh tujuh perlawanan pada musim ini sejak Januari lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings