the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah – Chow

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menafikan dakwaan kawasan tanah di Sungai Pinang, di sini yang dijadikan lokasi pembinaan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang adalah tapak yang sebelum ini dirancang untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Sebenarnya kawasan itu untuk tanah sekolah bukan seperti dakwaan untuk tapak perumahan (pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah).

“Memandangkan ia telah dikenal pasti sebagai stesen LRT di situ dan sekiranya LRT dibina, maka baki tanah itu tak mencukupi untuk sebuah sekolah dan itu pun sudah dibincangkan,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas Gerakan Pulau Pinang yang meminta kerajaan negeri menjelaskan sama ada tanah di Sungai Pinang yang akan digunakan bagi pembinaan stesen LRT Laluan Mutiara adalah tapak yang sebelum ini dirancang untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah atau sebaliknya.

Chow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Majlis Peluncuran Projek LRT Mutiara Pulau Pinang di Sungai Pinang pada 11 Jan ini dan kawasan itu dipilih kerana lokasinya bersesuaian untuk menjalankan majlis berkenaan.

“Majlis ini lebih kepada simbolik sahaja dan boleh diadakan di mana-mana, tetapi kita memilih lokasi yang selesa dan kawasan yang luas untuk semua pihak yang terlibat,” katanya.

Mengulas mengenai mesyuarat dihadiri beliau yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Putrajaya semalam, Chow berkata mesyuarat itu menerima pembentangan mengenai rundingan kontrak daripada MRT Corp dan perkembangan terkini projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang.

“Ia projek Kerajaan Persekutuan, maka mesyuarat berkenaan telah menerima pembentangan daripada MRT Corp tentang rundingan kontrak dan itulah inti pati mesyuarat berkenaan. Pengumuman mengenai kontrak yang diterima itu saya serahkan kepada Menteri (Kewangan II) untuk diumumkan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings