the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tapir jantan mati dirempuh kereta

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Seekor tapir jantan dianggar seberat 200 kilogram mati selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Rokan Barat, Jempol, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata tapir dianggar berusia lima tahun itu dirempuh kereta jenis Proton X50 dipandu lelaki berusia 19 tahun, kira-kira 9.50 malam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dalam perjalanan dari Melaka ke Pahang dan ketika menuruni bukit, secara tiba-tiba tapir itu berada di tengah laluan menyebabkan dia tidak dapat mengelak dan terlanggar haiwan itu lalu terseret ke longkang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta lelaki terbabit memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan Toyota Hilux menyebabkan keretanya terbabas dan jatuh ke longkang kiri jalan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Hoo berkata, kedua-dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan bangkai tapir itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara Gemas, Negeri Sembilan untuk dilupuskan.

Kes katanya disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img